1. Kos Keseluruhan Bangunan.
Anggaran kos untuk keseluruhan bangunan dibuat diperingkat awal proses pembangunan sesuatu pembinaan. Anggaran awal ini setelah dipersetujui oleh klien, akan menjadi kos siling pembinaan dan semua kerja rekabentuk akan dibuat berpandukan had kos yang ditetapkan ini. Kaedah-kaedah selalu yang digunakan untuk tujuan ini adalah seperti:
- Kaedah Keluasan Lantai
Anggaran kos sesebuah bangunan diperoleh dengan mendarabkan keluasan kasar lantai bangunan tersebut dengan kadar harga yang sesuai. Kadar harga ini didapati hasil daripada analisis yang dibuat ke atas kos bagi bangunan yang sama yang telah disiapkan dan diberi dalam bentuk kos per meter persegi keluasan lantai. Pelarasan sewajarnya hendaklah dibuat ke atas kadar harga sekiranya bangunan yang dicadangkan berbeza dari segi jenis pembinaan, saiz, bentuk dan sebagainya berbanding dengan bangunan yang dianalisis.
- Kaedah Unit
Anggaran kos sesebuah bangunan diperoleh dengan mendarabkan anggaran bilangan penghuni atau pengguna bangunan tersebut dengan kadar harga yang sesuai. Kaedah ini sesuai digunakan untuk membuat anggaran kos bangunan yang saiz dan rekabentuknya banyak ditentukan oleh bilangan penggunanya seperti sekolah, asrama, hospital, masjid dan sebagainya. Cara memperoleh kadar harga adalah sama seperti Kaedah Keluasan Lantai dan kadar harga ini diberi dalam bentuk kos per pengguna bangunan.
- Kaedah Isipadu Bangunan
Anggaran kos sesebuah bangunan diperoleh dengan mendarabkan anggaran isipadu bangunan dengan kadar harga yang sesuai. Cara memperoleh kadar harga adalah sama seperti Kaedah Keluasan Lantai dan Kaedah Unit dan diberi dalam bentuk kos per meter padu bangunan.
- Kaedah Tutupan Tingkat
Anggaran kos sesebuah bangunan diperoleh dengan mengira keluasan dinding, lantai dan bumbung bangunan. Setiap komponen bangunan ini diberikan pemberat di mana kerja yang lebih sukar dan melibatkan kos pembinaan yang lebih tinggi diberikan pemberat yang lebih tinggi. Jumlah keluasan komponen yang melinkung ruang ini didarabkan dengan kadar yang sesuai untuk memperoleh anggaran kos bangunan berkenaan. Cara memperoleh kadar harga adalah sama dengan kaedah-kaedah lain dan diberikan dalam bentuk kos per meter persegi keluasan komponen penutupan.
- Kaedah Kuantiti Nilaian Hampir
Pengukuran kuantiti secara kasar dibuat untuk kerja yang terlibat bagi sesebuah bangunan. Kuantiti untuk setiap kerja yang diukur ini didarabkan dengan kadar harga yang sesuai untuk memberikan kos kerja tersebut. Cara ini dapat menghasilkan anggaran kos yang lebih tepat berbanding pengunaan kaedah-kaedah yang lain. Bagaimanapun, cara ini mengambil masa yang lebih lama dan hanya boleh digunakan jika maklumat yang diperlukan seperti lukisan dan spesifikasi kerja dapat disediakan.
2. Kos Komponen Bangunan
Jumlah anggaran kos yang telah dipersetujui diagihkan kepada semua elemen bangunan yang sedang dirancangkan. Elemen bangunan ialah komponen bangunan yang mempunyai fungsi tertentu seperti kerangka, lantai atas, bumbung, tangga dan sebagainya. Kaedah Pengagihan yang dibuat pada peringkat awal rekabentuk ini dipanggil perancangan kos. Ini adalah bertujuan supaya kos komponen bangunan tersebut seimbang, munasabah dan lebih ekonomi.
Kos sesuatu elemen diperoleh dengan mengunakan kos elemen bangunan lama yang diberi dalam bentuk kos per meter persegi keluasan lantai kasar. Kos elemen bangunan lama ini didarabkan dengan keluasan lantai kasar bangunan baru untuk menghasilkan kos elemen berkenaan bagi bangunan baru. Satu cara lagi ialah dengan menggunakan kaedah pengukuran kuantiti nilaian hampir yang dilakukan ke atas setiap elemen sekiranya maklumat yang mencukupi membenarkan penggunaan cara ini.

3. Kos Item Terukur
Ini adalah anggaran kos yang dibuat dengan cara yang sangat terperinci dan dibuat dengan tujuan untuk menghargakan kerja yang diukur di dalam senarai kuantiti. Anggaran kos untuk sesuatu item, apabila ditambahkan kadar keuntungan dan overhed yang dikehendaki dipanggil kadar harga. Kadar Harga untuk setiap item yang diukur pula didarabkan dengan kuantitinya untuk memberikan jumlah harga untuk item tersebut.