Perjumpaan Bekas Pelajar STARP

Perjumpaan Bekas Pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai

Pada 16hb November 2013, seramai 15 orang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai STARP (kini dikenali sebagai STAR Putra) telah berkumpul di Palm Resort Golf & Country Club, Senai.

Antara tujuan perjumpaan ini adalah mengeratkan hubungan semula di kalangan bekas pelajar setelah 23 tahun membawa haluan masing-masing selepas menghabiskan pengajian Tingkatan 5 (peperiksaan SPM) pada tahun 1990.

Di samping itu, ingin menubuhkan satu Persatuan Bekas Pelajar STARP bagi menyusun aktiviti kekeluargaan sesama bekas-bekas pelajar serta aktiviti-aktiviti kebajikan/kerohanian dan kemasyarakatan bersama sekolah termasuk pentadbiran sekolah, guru, pelajar dan PIBG.

Hasil daripada perjumpaan tersebut, satu keputusan telah dibuat dengan pelantikan Ahli Jawatankuasa Penaja untuk penubuhan Persatuan atau Alumni (yang mana yang sesuai). Ahli Jawatankuasa tersebut terdiri :

Jawatan
Nama
Tahun
Tempat Tinggal (terkini)
Penaung
Mohd Jafni Md Shukor
SPM 90 (5A)
Kulai, Johor
Pengerusi
Mohd Zamri bin Sapuan
SPM 90 (5B)
Kulai, Johor
Naib Pengerusi
Muhamad Saffie bin Md Yasan
SPM 90 (5B)
Kota Bharu, Kelantan
Setiausaha
Zainani binti Aziz
SPM 90 (5C)
Kulai
Bendahari
Ee Yap Ni
SPM 90 (5C)
Kaohsiung, Taiwan
AJK
Rina Nasir
SPM 90 (5C)
Kulai
(p/s: Maaf jika ada yang tertinggal, mohon setiausaha kemaskini, maklumlah masa meeting mana ada bawa pen dan kertas. Semua main masuk kepala. Bila usia dah 40 tahun. Terkadang boleh lupa)

Gambar-gambar semasa perjumpaan tersebut
Jafni berucap panjang
Zamri mengendalikan majlis


Saffie berucap (bukan mengucap)
Gambar sebelum bersurai (pukul 4 petang)




Selamat Berjumpa Lagi