Fertigasi

Fertigasi
disusun oleh mYsaFfiE.


Pengenalan
Teknologi pertanian masa kini terus berubah,hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan,mengelak serangan musuh perosak dan dalam masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan.

Sistem fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kapada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan,tanpa pembaziran dan pencemaran alam sekitar.

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilizer(baja) dan irrigation(pengairan). Sistem Fertigasi ialah satu daripada adalah cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro, hidropinik Aliran Dalam, hidroponik Aliran Cetek, hidroponik static, Aeroponik dan Pemercik Mikro.

Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon,cili sayur, strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran.

Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat saperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.

Kelebihan Sistem Fertigasi antaranya pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran. Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan. Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki, tong stok nutrient, pam, paip poly atau pvc, dripper, mini tubing, tubing, timer dan perlatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mengikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.

Pembinaan sistem fertigasi sekitar RM 160,000 – RM 180,000 untuk kawasan seluas satu ekar dengan muatan beg 6-7 ribu. Jumlah tanaman bergantung kepada jenis tanaman. Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman diatas kawasan terbuka. Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun



Kebaikan sistem fertigasi
§  Tidak memerlukan kawasan luas
§  Masa penanaman yang pendek
§  Kurang beban kerja berat
§  Penggunaan air dapat dijimatkan
§  Mudah kawalan penyakit dan perosak
§  Masalah input dapat dikawal
§  Hasil yang tinggi
§  Kurang kejutan pada anak benih
§  Tidak dipengaruhi oleh musim
§  Mesra alam
§  Boleh memanfaat baja organik



Nutrien
Nutiren atau baja diberikan kepada tanaman secara sistem pengairan. Nutrien disalurkan dalam bentuk larutan dan dititiskan ke pangkal tanaman untuk membasahi zon perakaran.

Nutrien-nutrien yang dititiskan terdiri daripada nutrien NPK (Nitrogen, Fosforos dan Kalium) sebagai unsur utama. Manakala pemakanan makro pula terdiri daripada unsur-unsur surih seperti Kalsium (Ca.) Magnesium (Mg), Sulfur (S), Ferum (Fe), Mangan (Ma), Kuprum (Cu), Kobaltam (Co), Zink (Zn), Boron (Bo), Klorin (CI) dan Molibdenum (Mo). Kaedah ini juga dikenali sebagai 'Hodroponik Beraggregat'. Larutan-larutan nutrien yang dianggap sebagai nadi kepada kaedah fertigasi ini diagihkan dalam tiga cara itu secara Aliran Graviti, Pam Elektrik dan Penyuntik baja. Aliran graviti boleh dilakukan secara manual oleh pengusaha mengikut kehendak dan jangka masa yang ditetapkan olehnya. Air dan baja yang telah dibuat, disalirkan ke tangki penyimpanan yang diletakkan di tempat yang tinggi.

Dengan menggunakan tenaga graviti, baja tadi akan disalirkan ke tanaman. Cara ini lebih praktikal digunakan oleh petani-petani memandangkan kosnya yang lebih rendah. Manakala pam elektrik dan penyuntik baja pula menggunakan tenaga elektrik dan motor untuk pembajaan. Tempoh masa pembajaan telah ditetapkan oleh pengusaha. Oleh itu kosnya adalah lebih tinggi. Seringkali kedua-dua cara ini digunakan oleh penyelidik-penyelidik untuk mendapatkan keputusan penyelidikan yang tepat.

Setiap tanaman mempunyai kadar nutrien yang berbeza. Para pengusaha hendaklah bijak dalam melakukan formulasi nutrien dan peka kepada tindakbalas pokok terhadap setiap formulasi nutrien yang dibuat. Tindakbalas ini menunjukkan kesesuaian tanaman terhadap formulasi nutrien yang dirumuskan.



Keperluan infrastruktur
1.       Rumah Lindungan
Rumah lindungan didirikan bagi mengekalkan kelembapan, mengelakkan pancara ultra unggu serta terik cahaja matahari yang berlebihan.
2.       Sistem pengairan (titisan)
Sistem Pengiaran terdiri daripada pusat kawalan nutrien, paip ladang dan penitis (2L/H).
3.       Punca Air
Air boleh didapati dari kolam, telaga, telaga tiub dan lain-lain. Air yang digunakan hendaklah bersih, jernih, bebas daripada penyakit dan pencemaran, tidak berbau dan mempunyai kandungan oksigen yang tinggi.
4.       Baja Fertigasi
Baja yang disediakan haruslah sesuai dengan tanaman agar dapat menghasilkan hasil yang tinggi.
5.       Alat Pengukur pG dan EC Larutan
Terdapat banyak pilihan yang boleh digunakan bagi mengiiut nilai pH dan nilai EC. Biasanya 'pocket size' pH meter dan EC meter atau 'portable pH/EC/TDS meter'.
6.       Media
Kadar pegangan air adalah dalam 60-80% dan udara 20-40%. Contoh: campuran habuk sabut kelapa dan arang sekam padi (1:1).
7.       Biji Benih
F1 hibrid (Holland seed) menjadi pilihan. Tahap ketahanan rintang penyakit lebih terjamin, merupakan biji benih yang berkualiti dan untuk mendapatkan kadar percambahan yang maksimum.
8.       Bekas Tanaman
Bekas tanaman yang sering digunakan adalah polybeg 12" x15" atau 12" x 17".


Cara-cara Penyediaan Kaedah Fertigasi
Batu kelikir yang berukuran 1.3-1.9 cm diletakkan di dalam beg plastik atau saluran yang berdindingkan simen atau kaca gentian. Titisan nutrien dimasukkan dari bahagian permukaan beg tersebut secara graviti. Tititsan nutrien ini dibiarkan untuk 5-10 minit sehingga kelihatan larutan tersebut keluar semula dari bahagian bawah beg.

Rumah lindingan haruslah dibina bagi mengelakkan larutan nutrien menjadi cair apabila hujan. Bahan-bahan lain seperti Ttildenet boleh juga dibuat atap tetapi mestilah tidak menyekat kemasukan cahaya matahari dengan banyak ke dalam struktur tersebut. Frekuensi dan volume penyiraman seharusnya disesuaikan dengan keadaan cuaca, jenis dan umur tanaman, fasa pertumbuhan tanaman dan jenis media yang digunakan. Jika keadaan cuaca hujan, frekuensi penyiraman hendaklah dikurangkan kerana media akan menjadi terlalu basah dan memberi kesan kepada pertumbuhan akar tumbuhan tersebut. Keseimbangan yang sesuai antara air, udara, baja yang hendak digunakan dan media tanaman hendaklah dititikberatkan.

Nilai EC (jumlah baja yang larut dalam air) dan nilai pH (tingkat persamaan) sesuatu larutan adalah penting. Ini akan menunjukkan berapa banyak unsur nutrien yang tersedia buat tanaman tersebut. Jumlah nutrien tidak dapat distandardkan kerana perbezaan antara iklim, media dan jenis tanaman. Kadar kepekatan (EC) yang diberikan untuk tanaman haruslah disesuaikan dengan situasi dan keadaan. Nilai pH yang sesuai adalah antara 5.0-6.0 kerana pada kadar ini, semua unsur nutrien dapat diserap oleh tanaman.

Waktu penyiraman, jumlah penyiraman, EC/pH ini, EC/pH out, suhu, RH dan keadaan cuaca harus dicatatkan. Data-data ini nanti akan membantu pengusaha dalam mengambil keputusan untuk merubah satu-satu formulasi.

Anggaran kos dan belanjawan (0.4 hektar) mengikut Sistem Institut Pertanian Serdang (tahun 2002) adalah seperti berikut:-



RM
Rumah lindungan 8'x8'x60' (60 unit @ 1700)
102,000.00
Sistem pengairan:
- rumah pelindung 8"x40" dan konkrit (1 buah @ 3,000 = 3,000)
- tangkinutrien 600G + tangki stok nutrien (5 buah @ 700 = 3,500)
- paip ladang (main line, sub line & 6,00 penitis @ 2.50 = 15,000)
- pam elektrik, timer dan fitting (1 set @ 1,500)
- upah pemasangan RM5,.000  
28,000.00
Punca air pH dan EC hendaklah dalam keadaan baik
Baja fertigasi (1 pusingan) (60-80 set @ 250 = 15,000-20,000)
20,000
Alat pengukur pH dan EC (portable)
1,2000.00
Media - campuran arang sekam & habuk sabut (600 @0.70)
4,200.00
Polibeg 250 kg @ 9.00
2,250.00
Biji benih 1000 biji/bks (9 bks @ 250.00)           
2,250.00
JUMLAH
159,900.00
 Anggaran kos dan belanjawan mengikut Sistem Harrani (tahun 2002)

Rumah lindungan 20' lebar x 170' panjang (5 unit @ 8,700)
43,500.00
Sistem pengairan
30,000.00
JUMLAH
73,500.00
Anggaran yang dibuat ini, hanyalah melibatkan kos pembinaan sahaja. Kos operasi pula adalah seperti sistem yang dijalankan oleh Institut Pertanian Serdang.


Rajah Sistem Fertigasi