Sistem Tanaman Aeroponik
Aeroponik berasal dari perkataan aero yang
membawa maksud udara dan ponos yang bermaksud daya atau kerja. Aeroponik
disimpulkan sebagai kaedah memberdayakan
udara. Aeroponik merupakan suatu sistem hidroponik yang
menggunakan udara sebagai media utama dan mendapatkan nutrisi & air melalui
kabut (mist/fog) buatan. Teknik ini menempatkan tanaman dimana akar
diposisikan tergantung diudara dan di tampung oleh styrofoam. Nutrisi diberikan
dengan cara pengkabutan secara merata di daerah sistem perakaran. Akar tanaman
yang tergantung akan menyerap larutan nutrisi tersebut.
Aplikasi utama dalam sistem aeroponik adalah tekanan
(pressure) yang dihasilkan oleh selang saluran. Tekanan tinggi pada selang
saluran akan menghasilkan butiran air berbentuk kabut. Permasalahan utama untuk
teknik aeroponik pada umumnya adalah tekanan yang dihasilkan di selang saluran
adalah kurang tinggi sehingga butiran air yang terbentuk adalah kasar. Semakin
kecil butiran air maka permukaan butiran air semakin luas dan meyebabkan
kandungan udara semakin banyak. Semakin banyak kandungan udara di permukaan wap
air, maka kemungkinan penambatan O2 oleh butiran air semakin meningkat.
Aeropononik merupakan kaedah penanaman yang sangat
efektif kerana ianya dapat menghasilkan butiran cairan halus (droplet) dalam
bentuk wap air yang mempunyai kelebihan seperti lebih mudah diserap oleh
tanaman. Media perakaran yang paling efektif adalah media yang mampu
menyediakan dan mengirim O2 paling banyak ke perakaran tanaman. Tanah padat
menyediakan 20-30 % O2 untuk akar. Media tanaman kombinasi tanpa tanah
menyediakan hingga 50 % O2 dan hidroponik 80% untuk akar. Maka, aeroponik
dengan langit sebagai batas memungkinkan akar memperoleh O2 hingga 99%. Inilah
alasan mengapa pertumbuhan tanaman aeroponik lebih pesat daripada tanaman yang
menggunakan kaedah konvensional.
Pengabutan nutrisi yang optimis diberikan secara langsung
kepada akar tanaman sehingga akar dapat menyerap nutrisi dengan lebih mudah.
Sisa nutrisi yang tidak menempel di akar akan kembali lagi ke larutan yang ada
dibawahnya, dan akan dilarutkanlagi.
Sistem aeroponik dapat meningkatkan pertumbuhan hingga
10 x lebih cepat pada beberapa tanaman semusim berbanding dengan kaedah tanaman
yang menggunakan kawasan tanah. Penghasilan pertumbuhan yang pesat adalah
disebabkan oleh akar intensif memperoleh larutan nutrisi yang kaya DO dan
nutrisi juga menyerap dalam sistem perakaran tanaman secara langsung tanpa
media perantara. Pada kebiasaanya, sistem tanaman konvensional akan menyerap
nutrisi beserta kandungan bacteria dalam sistem perakaraan. Kecepatan
penyerapan nutrisi melalui kaedah tanaman aeroponik adalah mampu mencapai
sehingga 135 % lebih cepat daripada kaedah hidroponik yang lain. Walau
bagaimanapun sistem tanaman aeropik mempunyai kelemahnye tersendiri dimana
sistem ini terlalu bergantung kepada kabut yang menghasilkan springkel. Akar
tanaman ini akan lebih mudah mengering sekiranya sistem pengkabutan terganggu
atau terdedah kepada udara tanpa penutup (sealed).