Catatan Perjalanan ‘Backpacker’ ke Eropah 2010


Catatan Perjalanan ‘Backpacker’ ke Eropah 2010
disediakan Muhamad Saffie bin Md Yasan

Pada tahun ini, buat kali pertama JTMK telah mendapat peruntukan perjalanan dan sara hidup luar negara. Pada awalnya permohonan, JTMK merancang untuk menghantar seorang staf ke CeBIT[1] Global Conferences 2010 di Hannovar. Bagaimana apabila peruntukan ini telah diluluskan maka saya telah membuat perancangan dengan menyusun semula penerbangan dan penginapan bagi membolehkan menghantar 2 staf JTMK ke persidangan tersebut serta melanjutkan perjalanan dengan lawatan di sekitar Eropah dengan cara ‘backpacker’ yang mana kami perlu menambah wang sendiri untuk menampung perbelanjaan tambahan.

Pada 1 – 7hb Mac 2010 adalah tarikh yang mana saya dan En Mohd Fadli Mohd Zain telah pergi ke Eropah. Ini merupakan pengalaman pertama kami berdua berjalan ke Eropah. Bagaimana kami bernasib baik, kami ditemani oleh seorang sahabat yang pernah berlajar di London.

Berikut adalah catatan perjalanan kami berdua.
Hari
Masa
Catatan
28hb Feb
1950
§ Penerbangan MH1405 daripada Kota Bahru

2050
§ Tiba di KLIA
§ Kami (bertiga) berkumpul di KLIA dan kebetulan kami terjumpa 2 lagi sahabat yang turut serta ke CeBIT menjadikan kami berlima.
1hb Mac
0255
§ Penerbangan QR623 daripada KLIA

0545
§ Tiba di Doha International Airport
§ Berehat, bersolat
§ Kami ditahan oleh Pegawai bertugas dan ditemuramah. Beliau cuba menukarkan jadual penerbangan kami kepada penerbangan lain. Bagaimana kami dilepaskan disebabkan bagasi kami sudah ada di kapal terbang.

0825
§ Penerbangan QR25 daripada Doha

1315
§ Tiba Frankfurt Airport

1517
§ Menaiki keretapi daripada Frankfurt Airport ke Frankfurt Hbf sejauh 15.3km.
§ Menaiki keretapi ICE daripada Frankfurt Hbf sejauh 351km.
o  Saya berbual dengan jiran sebelah (orang Jerman). Beliau mengatakan bahawa saya amat bertuah kerana dapat tiba ke Jerman kerana semalam lapangan terbang Frankfurt ditutup disebabkan salji. Patutlah kami ditahan semasa di Doha kerana memberi peluang penerbangan kepada orang Jerman disebabkan pembatalan penerbangan.
o  Kami berbual tidak lama memandangkan beliau agak sibuk dan perlu menyiapkan sistem dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP.
Bergambar dengan ICE di Frankfurt Hbf


1820
§ Kami tiba Hannover Hbf.
§ Kami meninggil kesejukan 4ºC dengan tiupan angin yang agak kuat.
§ Kami (bertiga) menaiki teksi ke Apartment Sewaan kami di Wehrleweg sejauh 7.6km daripada bandar Hannover
§ Apartment sewaan kami berharga €70 semalam mempunyai 1 bilik tidur, ruang tamu, bilik air dan dapur. Ini kira paling murah berbanding duduk hotel yang mencapai lebih €300 semalam.
§ Kami bernasib baik mendapat pemandu teksi begitu ramah dan prihatin membantu kami mencari apartment sewaan kami dan menelefon tuan rumah. Kebetulan masa kami tiba tuan rumah tiada, ada jiran beliau yang menawarkan kami menunggu di rumahnya. Kami menolak walaupun kami rasa amat sejuk.
§ Satu lagi masalah timbul, anak tuan rumah kurang fasih berbahasa inggeris. Nasib baik ada talian internet, maka menggunakan google translate kami dapat berkomunikasi dengannya.
Ruang Tamu di Apartment Sewaan


2100
§ Tuan Rumah datang melihat kami bertiga. Timbul lagi satu masalah. Tuan Rumah langsung tidak tahu berbahasa Inggeris. Bagaimana Tuan Rumah seorang yang amat peramah tetapi kami tak faham apa yang beliau cakap.
§ Dari pemerhatian frame gambar, saya merasakan beliau berasal daripada negara komunis samada bekas negara Jerman Timur atau Poland.


§ Masak dan makan malam.
§ Tidur
2hb Mac
Pagi

Bergambar berlatar belakang apartment sewaan (lot tepi tingkat bawah berpagar kayu)
Ketika bersuhu 7ºC
Sekitar Perumahan Apartment Sewaan


0900
§ Menaiki Trams daripada Mühlenberger Markt (stesen terdekat daripada apartment sewaan kami) – Hannover Hbf sejauh 7.8km
Gambar Trams Hannover


§ Menaiki Trams daripada Hannover Hbf ke Hannover ke Messe/Laatzen sejauh 9.2km.


§ Pendaftaran dan lawatan ke persidangan dan dewan pameran
§ Berjumpa seorang lagi kawan yang turut  menghadiri CeBIT

 
 

Sekitar CeBIT

1800
§ Pulang ke Apartment kami
§ Kami membuat kenduri dengan menjemput semua kawan yang kami jumpa di KLIA dan di CeBIT ke apartment kami.
Juadah Kenduri seadanya.

3hb Mac
0900
§ Menaiki Trams daripada Mühlenberger Markt– Hannover Hbf
§ Pendaftaran Masuk ke CeBIT

1300
§ Hannover-Messe/Laatzen – Hannover Hbf
Dihadapan Hannover Hbf (Stesen Keretapi Hannover) 

§ Hasil perbincangan, kami berlima bersetuju untuk menyewa kereta ke Amsterdam sejauh 379km dan perjalaman memakan masa 3 jam 44minit. Bagaimanapun kami tersesat ke
o  Nieuw-Amsterdam, Holland iaitu sebuah bandar kecil.
Lepas itu sesat ke
o  Ringhotel, Amsterdam, Wiefelsteder Straße, Bad Zwischenahn, Jerman.
Akibat tersesat, maka kami sampai di Amsterdam pada sekitar pukul 1900 sejauh 708.9km dengan tempoh perjalanan 7 jam.
A – Hannover, B- Löhne (berhenti makan tengahari), C- Nieuw-Amsterdam,
D- Ringhotel, Amsterdam, E-Amsterdam

Di dalam kereta semasa perjalanan ke Amsterdam

Windmill merupakan pandangan biasa di Europah.

 Gambar di Nieuw-Amsterdam, Holland

§ Check-in Hotel Ibis, Amsterdam
§ Melawat sekitar Amsterdam di waktu malam
4hb Mac
0900
§ 2 sahabat kami yang berjumpa di KLIA terpaksa pulang ke Malaysia.
§ Pemulangan kereta sewa dan bersiar disekitar Amsteram
 Bergambar di Sekitar Amsterdam

Bergambar dengan Orang Melayu bermastautin di Holland
(berasal dari Negeri Sembilan)


1516
§ Perjalanan keretapi ke Paris Gare du Nord sejauh 504km melalui negara Belgium.
Keretapi daripada Amsterdam ke Paris


1830
§ Tiba di Paris
§ Bermalam di Hotel Ibis Paris Gare du Nord La Fayette
5hb Mac

§ Seharian di Kota Paris dengan berjalan kami sejauh 9.3km

  
 6hb Mac
1100
§ Penerbangan QR22 dari Paris De Gaulle Airport

1920
§ Tiba di Doha International Airport

2005
§ Penerbangan QR620 daripada Doha
7hb Mac
0840
§ Tiba di KLIA

1010
§ Penerbangan MH148 daripada KLIA

1105
§ Tiba di Kota Bharu



[1] CeBIT – adalah perkataan Jerman daripada Centrum der Büro- und Informationstechnik; dan dalam bahasa Inggeris adalah "Centre of Office and Information Technology”