HUKUM JENAYAH ISLAM
Disusun Oleh:
Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan)
Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan)
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa
Islam adalah agama yang paling lengkap meliputi soal yang berhubung kait dengan
ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Para Fuqaha telah menyusun secara
terperinci berdasarkan dalil dan hujjah mengikut 4 bahagian sebagaimana yang
telah dinyatakan di atas.
UNDANG-UNDANG JENAYAH SYAR'IYAH
Undang-undang jenayah syar'iyah atau
Kanun Jinayah Syar'iyah ialah undang-undang syarak yang bersabit dengan
kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah
kes jinayah syar'iyah.
PENGERTIAN JENAYAH
Melakukan sesuatu perkara yang ditegah
oleh Allah S.W.T atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehnya.
PENGERTIAN JENAYAH MENURUT FUQAHA
Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan
atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau
mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan
sengaja.
HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM
Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi
kepada tiga bahagian:
a. Hukum Qisas
b. Hukum Hudud
c. Hukum Ta'zir
PENGERTIAN QISAS
Qisas dari sudut bahasa bermaksud
memotong. Manakala dari sudut syara' ialah hukuman balas bagi kesalahan
membunuh dibalas dengan bunuh, menghilangkan salah satu dari anggota orang lain
atau melukakannya atau mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut jenis
kesalahan yang dilakukannya.
Firman Allah S.W.T:
"Wahai orang-orang yang beriman!
Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas(balasan yang seimbang) dalam perkara
orang mati dibunuh" ( Surah al-Baqarah :178)
"Dan di dalam hukuman qisas itu ada
jaminan hidup bagi kamu wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu
bertakwa" ( Surah al-Baqarah:179)
JENIS JENAYAH QISAS
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan
hukuman qisas ialah:
1. Membunuh dengan sengaja (Dengan niat membunuh dan dengan senjata yang boleh
membunuh pada adatnya).
2. Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti
mata, hidung, telinga dan sebagainya.
3. Melukakan orang lain dengan sengaja.
HUKUMAN TERHADAP KESALAHAN QISAS.
Mengikut Hukum Islam, qisas hendaklah dilakukan terhadap penjenayah dengan hukuman yang sama seperti mana dia melakukan kepada mangsanya. Membunuh dibalas dengan dibunuh, melukakan dibalas dengan dilukakan dan mencederakan dibalas dengan mencederakannya.
Mengikut Hukum Islam, qisas hendaklah dilakukan terhadap penjenayah dengan hukuman yang sama seperti mana dia melakukan kepada mangsanya. Membunuh dibalas dengan dibunuh, melukakan dibalas dengan dilukakan dan mencederakan dibalas dengan mencederakannya.
DIYAT
Diyat ialah denda yang wajib dibayar
oleh orang yang melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai ganti
qisas.
Apabila keluarga orang yang dibunuh (
Pembunuhan sengaja) atau orang yang dihilangkan atau dicederakan anggota atau
yang dicederakan memaafkan, maka diganti dengan diat. Hanya waris sahaja yang
boleh memaafkan tetapi bukan pemerintah ).
KADAR DIYAT
Diyat terbahagi kepada 2 jenis:
1. Diyat Mughallazah ( ganti kerugian yang berat )
2. Diyat Mukhaffafah ( ganti kerugian yang ringan )
Diyat Mughallazah adalah satu diyat
penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara terus (tanpa tangguh) sebagaimana
yang berikut:
1. 30 ekor unta berumur 4 tahun
2. 30 ekor unta berumur 3 tahun
3. 40 ekor unta yang sedang bunting
Diyat Mughallazah juga boleh dibayar
dengan bayaran-bayaran berikut:
1. 33 ekor unta berumur 4 tahun
2. 33 ekor unta berumur 3 tahun
3. 34 ekor unta yang sedang bunting.
Diyat Mukhaffafh juga adalah satu diyat
penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur (tangguh)selama 3
tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat sebagaimana
yang berikut:
1. 20 ekor unta umur 4 tahun
2. 20 ekor unta umur 3 tahun
3. 20 ekor unta betina umur 2 tahun
4. 20 ekor unta jantan umur 2 tahun
5. 20 ekor unta betina umur 1 tahun
Kadar diyat adalah dikira mengikut
bilangan unta dengan harga semasa iaitu harta yang paling bernilai ketika
itu. Kadar penuh untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun
, para ulama' berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang
senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:
a) Wang Emas – 1,000 dinar
b) Wang Perak – 10,000 dirham
c) Lembu – 200 ekor
d) Kambing – 2,000 ekor
e) Persalinan – 200 persalinan lengkap.
Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka
jumlah satu diyat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000
maka satu diyat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyat penuh.
Bagi pesalah perempuan diyat mereka
adalah separuh dari diat lelaki dan diat hamba adalah separuh dari diyat orang
merdeka.
Diyat Mughallazah di kenakan kepada
orang yang membunuh secara sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh
membunuh ) dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang
dibunuh. Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau
beransur.
Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi
pembunuhan tidak sengaja ( seperti tertembak rakan yang disangkanya binatang
buruan ) atau pembunuhan yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan
benda yang lazimnya tidak boleh membunuh ). Boleh dibayar secara beransur-ansur
selama 3 tahun.
DIYAT MENGHILANG ATAU MENCEDERAKAN
ANGGOTA
Menghilangkan atau mencederakan anggota
tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan lain-lain
dikenakan qisas sebagaimana kehilangan dan kadar kecederaan anggota. Tetapi
jika orang yang terkena dengan jenayah tersebut memilih untuk mengganti dengan
diyat maka kadarnya adalah seperti berikut:
1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal sepert terputusnya lidah, hilang akal,
menyebabkan lumpuh seluruh badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
2. 50 ekor unta untuk anggota berpasangan seperti dua mata dan lain-lain. Jika
kedua-duanya maka diyatnya 100 ekor unta.
3. 33 ekor unta untuk luka yang sampai ke dalam bahagian otak.
4. 33 ekor unta untuk luka yang sampai keselaput kepala.
5. 25 ekor unta untuk anggota yang berpasang yang mempunyai kelopak seperti 4
kelopak mata.
6. 15 ekor unta untuk luka yang sampai ketulang dan mematahkannya sehingga
tergeser dari tempatnya.
7. 10 ekor unta bagi luka yang memecah atau mematah tulang.
8. 10 ekor unta untuk anggota yang mempunyai 10 sendi atau bahagian seperti
jari tangan dan kaki.
9. 5 ekor unta untuk luka yang menampakkan tulang
PENGERTIAN HUDUD
Hudud dari sudut bahasa membawa maksud
menahan atau mencegah. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah
ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan
sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan
ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak,
memcuri, murtad, merompak dan memberontak . Kadar hukumannya adalah mandatori
dan tidak boleh dipinda samaada dikurang atau ditambah.
Firman Allah S.W.T:
"Dan sesiapa yang melanggar
aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim"(Surah al-Baqarah:229)
JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYA
Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam hukuman hudud ialah sebagaimana berikut:
Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam hukuman hudud ialah sebagaimana berikut:
a) Zina
Persetubuhan haram
tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan. Hukumannya ialah direjam
sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah
berkahwin.
b) Qazaf ( Menuduh berzina )
Melemparkan tuduhan
zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali sebatan.
c)
Minum Arak
Minum minuman yang
memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal. Hukumannya
ialah 40 kali sebatan.
d) Mencuri
Mengambil harta orang
lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya adalah potong tangan.
e) Merompak
Mengambil hatra orang
lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukumannya
ialah:
- Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.
- Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah
dipotong tanga dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki
kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.
- Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam
dendaklah di ta'zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi.
f)
Murtad
Keluar dari agama
Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh ( setelah
diberi tempoh untuk bertaubat )
PENGERTIAN TA'ZIR
Ta'zir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang. Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Ta'zir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang. Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
KESALAHAN YANG TERMASUK DI BAWAH
KATEGORI TA'ZIR.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di
bawah kategori ta'zir ialah sebagaimana berikut:
1. Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan
hukuman hudud dan qisas.
2. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian dan
sebagainya.
3. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti
mengumpat,berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
HUKUMAN BAGI KESALAHAN TA'ZIR
Hukuman ta'zir diserahkan kepada budi
bicara hakim supaya hukuman tersebut memberi pengajaran supaya penjenayah serik
untuk melakukan semula. Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada
pesalah adalah sebagaimana berikut:
a) Nasihat
Menasihati orang yang
melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada
masa akan datang.
b) Teguran
Teguran rasmi yang
dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu
tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki
dirinya.
c) Ancaman
Mengancam orang yang
bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan
hukuman.
d) Pemulauan
Hukuman pemulauan
dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit sekiranya ia berterusan atau
mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain
dalam masyarakat.
e) Pengisytiharan Umum
Membuat pengistiharan
kepada umum terhadap kesalahan penjenayah supaya penjenayah berasa malu dan
tertekan.
f)
Denda dan merampas harta
Mengenakan denda dalam
bentuk wang dan sebagainya atau merampas harta bendanya.
g) Penjara
Mengenakan hukuman
penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti semasa.
h) Sebat
Mengenakan hukuman
sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu.
i)
Buang daerah
Mengenakan hukuman
buang daerah supaya pesalah rasa tertekan, mengalami kesukaran, kesusahan dan
terpisah dari kaum keluarga
j)
Bunuh
Dibenarkan oleh syara'
bagi menjaga kemaslahatan awam jika difikirkan sesuai
HIKMAH PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH
ISLAM
1. Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum berlaku
2. Memperbaiki penjenayah dan memperbetulkan penyelewengan.
3. Membersihkan dosa penjenayah, mendidiknya dan menyelamatkannya daripada
azab akhirat.